Jumaat, 2 Mac 2012

Windows Consumer Preview Offical Download Links



Windows 8 Consumer Preview Official Download Links. You can direct download Windows 8Consumer Preview iso from Microsoft server.

Ahad, 19 Februari 2012

Tidak Update Blog Selama 3 Minggu~

salam..semua yang melawat blog junior boyz ini...
kami bertiga tidak akan update blog selama 3 minggu
kerana kami ade hal sedikit...jadi terima kasih atas lawatan anda ^-^

Sabtu, 18 Februari 2012

Tutorial Lengkap Cara Format Windows XP, Vista, 7, 8



Kompilasi lengkap artikel cara install dan format Windows XP, Vista, 7 dan 8 yang pernah diterbitkan di laman JomPHP.

Cara install dan format Windows XP, Vista, 7 dan 8


1. Cara format dan install Windows XP, Vista dan Seven. Panduan ini ditulis pada 2 tahun lepas dan secara kebetulan saya jumpa dalam folder backup dalam PC.
Download PDF Cara format dan Install Windows XP, Vista dan 7
2. Cara install Windows XP, Vista, 7 guna USB Pendrive – tutorial video
4. Official direct download Windows 7 SP1 iso daripada Microsoft
Dan anda juga boleh rujuk senarai perisian penting untuk pengguna Windows yang telah kami siarkan tidak lama dahulu.
Untuk mencari driver bagi laptop dan PC anda secara mudah boleh rujuk kepada artikel ini :
Selamat Mencuba ^_^

Ulasan mengenai Windows 8 Developer Preview (Bahagian 1)



Ulasan mengenai Windows 8 : bahagian 1 akan menceritakan mengenai apa itu Windows 8, developer preview, metro UI dan beberapa perkara penting yang anda harus tahu mengenai system operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Apa itu Windows 8?

Windows 8 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft dan dijangka akan dilancarkan kepada umummenjelang pertengahan tahun 2012.
Windows 8 bukan lagi nama “final” sebab kemungkinan nama “final” akan diumumkan ketika Windows 8 dalam versi RTM (release to manufacturing).

Satu OS untuk pelbagai jenis peranti

Microsoft ingin menjadikan Windows 8 sebagai satu OS untuk pelbagai jenis peranti seperti computer desktop, laptop, ultrabook, netbook, tablet dan sebagainya.
Berbanding Apple yang mengeluarkan Mac OS X untuk computer dan laptop dan iOS untuk tablet, Microsoft cuba mewujudkan ekosistem yang sekata antara semua peranti seperti yang disebut di atas. Google pula mengeluarkan Chrome OS untuk peranti Chromebook dan Android untuk computer tablet dan ia mewujudkan jurang kerana OS tersebut tidak berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.
Contoh lebih mudah, apps atau games untuk Windows 8 boleh digunakan pada komputer, desktop, tablet. laptop tak kira berapa inci saiz dan resolution serta kaedah input seperti tetikus, keyboard dan touch screen.
Berbanding di iOS atau Android dimana pembangun perisian terpaksa membuat aplikasi untuk resolusi berbeza, processor berbeza dan sebagainya yang melambatkan

Desktop UI dan Metro UI


Metro UI start menu pada Windows 8.

Classic desktop pada Windows 8.
Windows 8 secara default menggunakan start menu baru berkonsepkan Metro UI. Metro UI menggunakan kekotak berwarna-warni, ringkas, kemas dan padat untuk memaparkan maklumat kepada pengguna secara masa nyata. Ianya bukan sekadar shortcut icon yang statik sahaja.
Anda boleh memilih untuk menggunakan Windows 8 metro start menu ataupun classic desktop dengan mudah dan cepat.

Apps dan Program : Satu Ekosistem dalam Windows 8

Mungkin ada yang risau program2 lama tidak compatible dalam Windows 8. Jangan bimbang sebab Microsoft kata semua program yang biasa anda guna di Windows 7 adalah compatible dalam Windows 8.
Apps akan direka oleh para pembangun Windows 8 menggunakan Metro UI dengan bahasa pengaturcaraan HTML5 dan CSS3 serta Javascript. Jika anda seorang pembangun laman web adalah kemungkinan tinggi anda boleh membuat aplikasi Windows 8 dengan mudah.
Malah Microsoft akan melancarkan Windows Store dimana pengguna boleh muat turun program dan apps dengan mudah dan cepat tidak lama lagi.
Manakala program-program dan games pada Windows boleh direka menggunakan Visual basic, C++ dan banyak lagi bahasa pengaturcaraan untuk Windows.

Sebagai bukti, tengok saya menggunakan Google Chrome, IDM dan Windows Live Writer tanpa sebarang masalah di Windows 8 developer preview ini.

Drivers untuk Windows 8

Saya cuba Windows 8 developer preview di Laptop Acer 4736G dan driver sama macam Windows 7. Saya hanya perlu update pada Windows Update sahaja untuk driver Nvidia dan hardware lain semua sudah terbina dalam.

Versi Windows 8


Terdapat tiga versi Windows 8 yang akan diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun depan.
Pertama sekali versi x86 (32 bit), versi x64 (64 bit) dan juga versi ARM. ARM bakal digunakan pada tablet Windows 8 dan lebih jimat tenaga dan bateri tahan lebih lama.
Dijangkakan tablet dan ultrabook Windows 8 pada tahun 2012 dan 2013 akan mempunyai bateri yang tahan sepanjang hari (lebih 10+ jam) dan waktu standby selama 10 hari.

Download Windows 8

Windows 8 boleh didownload secara percuma daripada server Microsoft. Saya telah letak link direct download di entri ini :Download Windows 8 Developer Preview – x86 and x64
Ada tiga versi: 32 bit, 64 bit dan juga 64 bit developer tools. Saya install 64 bit developer tools sebab ada lebih banyak software dan apps tambahan berbanding versi 32 bit dan 64 bit. Tetapi saiz agak besar iaitu 4.8gig dan perlukan DVD9 atau pendrive sebesar 8gig untuk install.
Bagi anda yang ingin sekadar mencuba install versi 32 bit lebih daripada mencukupi.

Proses Pemasangan Windows 8


Boleh install pada laptop, desktop atau netbook jika mahu. Atau alternatifnya install dalam VMware atau virtualbox.
Anda tidak boleh upgrade daripada Windows 7, dan sila install dalam partition berlainan jika ingin dual boot dengan Windows 7. Saya telah delete partition Ubuntu untuk install Windows 8 sebab jarang sangat login Ubuntu.



Proses pemasangan Windows 8 pada laptop Acer dalam masa 30 minit. Kalau computer anda laju dalam 10-15 minit boleh siap rasanya.
Saya sengaja install pada laptop berbanding VMware atau virtualbox sebab nak rasa sendiri kelajuan Windows 8.

Windows 8 developer preview


Anda boleh menggunakan Windows 8 secara percuma, tak perlu activate, tak perlu serial key dan boleh digunakan sehingga 12/3/2012. Banyak masa lagi tu, jadi gunakan sebelum terlambat atau ketinggalan zaman.
Bahagian 2 dan 3 akan menyusul di Junior Boyz, nantikan.

Khamis, 2 Februari 2012

Exclusive Nokia Lumia 710 And 800 Malaysia Launch On Febuary 10th

Rabu, 1 Februari 2012

Windows 7 Starter – sistem operasi yang ringan dan laju untuk netbook, laptop serta desktop


Windows 7 terdapat dalam banyak versi antaranya Ultimate, Professional, Enteprise, Home dll (rujuk entri ini untuk harga). Windows 7 Starter pula merupakan versi yang dikeluarkan khas untuk netbook kerana netbook mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding laptop dan komputer. Beberapa bulan lepas sayamencuba untuk install Windows 7 Starter ke dalam laptop saya (intel core 2 duo 1.80GHZ, 2GB RAM, GMA X3100) sekadar untuk eksperimen. Namun, saya tertarik untuk menggunakannya sebagai os sepenuh masa di laptop saya kerana berpuas hati dengan kelajuan startup, sangat responsive dan ringan. Peningkatan yang agak ketara berbanding ketika saya menggunakan Windows 7 Ultimate di laptop ini dulu. Jika komputer anda agak perlahan dari segi processor dan ram, saya cadangkan anda cuba install windows 7 starter ini. Gerenti berdesup punya laju.