Hariini Ifzan Mahu
Kongsi satu Info
Tentang Smartphone...
Samsung Galaxy Note
jom kite bce info2 di bawah
Hari ni tetiba nafsu gadget membuak-buak. Lepas baca kat blog Amanz semalam saya agak tertarik dengan satu gadget baru (mungkin baru kalau dah lama anggap saya yang baru tau) yang korang nampak kat atas tu. Samsung Galaxy Note nama gadget atas tu. Dari segi fizikal nampak macamSamsung Galaxy S2 kan. Function pun boleh nak dikatakan sama. Hari ni saya meneruskan rutin sebagai seorang blogger iaitu blogwalking cari info dan buat research (maklumlah kerja dah buat tadi) maka saya termasuk ke blog Ariffshah yang ada bercerita pasal 5 ciri menarik Galaxy Note ni. Boleh refer gambarajah kat bawah ni…
Ni sedikit info yang saya dapat dari blog Ariffshah. Pencarian diteruskan dan saya termasuk ke dalamblog makanan yang tetiba bercerita pasal gadget haha. Dalam blog hazmanfadzil ada sikit lagi info pasal gadget ni. Setelah baca beberapa article saya dapat satu conclusion iaitu Galaxy Note ni adalah gadget upgrade daripada Samsung Galaxy S2 dan ia ber’stylus’. Sebelum tu meh saya share apa yang saya nak kalau saya nak beli satu handphone :
1. Camera nak kena clear so saya boleh tangkap gambar untuk upload dalam blog
2. Boleh surf net supaya saya boleh carry on satu lagi project blog saya
3. Kapasiti yang agak besar actually 16GB pun dah cukup (tapi kalau dapat 32GB lagi bagus)
4. Sound yang best so boleh letak ringtone dan boleh hadiahkan MP$ palyer saya pada orang lain.
5. Touch Screen supaya nampak koprat haha (sekarang orang pakai 3310 dah disamakan dengan keparat – bukan saya kata orang kata)
6. Boleh buat call
Nak tengok spec Galaxy Note Boleh ushar sini (malas nak tulis)
Kalau nak dilihat dari segi keperluan semua smartphone pun dah ok kan tapi bagi saya Galaxy Note ni aura dia lain macamlah. Kalau nak diikutkan target saya nak keluarkan Galaxy Tab 10.1 tapi bila dapat tau Tab 10.1 tak boleh buat call saya rasa better saya beli Galaxy Note. Dengan tambahan S Pen tu rasanya saya dah kelihatan macam Datuk Seri haha. So target saya selepas ni ialah Galaxy Note dan harap-harap Celcom dapat bawak masuk dalam depa punya promo sebab saya bakal tukar kepada Celcom (Maxis CEKIK DARAH!).
Bagi yang tak puas dengan penerangan saya yang sememangnya sangat simple korang boleh layan video ni :
Bagi saya ni dah cukup untuk saya. Harap-harap harga dia tak segila harga smartphone lain. dan harap-harap Samsung tak gila keluarkan model lain sebelum saya pakai gadget ni kalau tak haiyo susah weyh!.
p/s :
Gadget boleh buat saya tak tidur malam …


1 comments:
terima kasih sebab plagiat entri saya yang tak seberapa ni haha
Catat Ulasan